Thursday, September 25, 2014

Jodoh Itu Rahsia Allah


Buat pertama kali,

Jantung saya berdebar untuk seseorang.

Tapi,
Siapakah dia?

Adakah dia wujud?
Atau sekadar selintas bayang didalam
istikharah sepi saya?.

ALLAH SWT lebih Mengetahuinya.

Seumur hidup,
Saya lari dari rasa cinta.

Dan,
Hari ini saya mula merasakannya.

Adakah saya sedang kesuntukkan masa?
Mungkin,
Saya perlu melupakannya.

Dan memilih cinta yang abadi.
Masanya hampir tiba.

Mungkin tak sempat.
Moga "disana" lebih indah.

#CopyPaste

Tuhan Tolong Lembutkan Hati Dia


Sedap betul suara minah & mamat ni...tapi sayang...kalau nyayi hanya sekadar nyayi tapi tak hayati betul-betul bait-bait lirik...ia umpama kosong lagu tu...

Tapi tak dinafikan...lunak suara memang sedap...tak semua orang boleh nyayi...tak semua orang ada kelebihan yang sama...tak semua orang punya rasa & citarasa yang sama dalam setiap diri seseorang..

Mempunyai kelebihan or citarasa yang sama adalah baik & bagus tapi tak sempurna...apa kita buat sama dengan pasangan kita...ada pasangan yang boleh terima bila memiliki hobi..cara yang sama...tapi ada yang tak boleh...citarasa yang berlainan tu rasa lebih elok...ada masa kita buat apa kita suka tapi pasangan kita pun ikut sama...dia rasa apa kita rasa..rasa apa kita buat....begitu juga sebaliknya dengan pasangan kita....kita ikut dan tengok apa aktiviti dia buat...kita cuba memahami...kita rasa apa dia rasa...rasa berada dalam sesuatu situasi...

Doa adalah senjata bagi setiap mukmin...kita bukan saja kena berdoa...malah kena juga berusaha & tawakal kepadaNYA...Kalau kita hanya berdoa...kita tak berusaha...tak lengkap semua tu...doa,usaha & tawakal sebati...redha kernaNYA yang pasti...

Ya Rabb...Tolong lembutkan hati dia agar menerima diriku seadaanya...kerna aku tak mampu nak teruskan hidup tanpa dia disisi ku...yea..hidup memang kena teruskan..tapi ia tak sama seperti dulu...Ya Rabb...banyak dosa ku ... tapi ku hanya bermohon...tolong jaga dirinya untuk diri ku Ya Rabb....Aku jauh...aku redha...aku berserah kepadaMU...aku tak mampu Ya Rabb...Hanya berserah kepada MU..

Ya Rabb...bawalah aku pergi...pergi jauh dari segalanya....Ya Rabb...bawalah rindu ku pergi bersama angin lalu yang menyapa setiap lembut halus dirinya,,menyapa lembut wajahnya....agar dia tidak kesepian dengan cinta..kasih sayang..rindu yang ku beri selama ini...agar dia tahu aku hanya mampu berserah kepada MU...

#NoCopyPaste

Monday, September 22, 2014

Ini kisah perkahwinan yang jarang-jarang kita dengar dan pasti buat ramai yang akan terasa !


Lazimnya, pada hari ini, orang teruja menceritakan kemegahan sesebuah majlis perkahwinan. Dengan pelamin, backdrop, pakaian, makanan dan goodie bag mahal-mahal, foto, videografer. Purata perbelanjaan perkahwinan secara purata adalah RM30 ribu sehingga RM40 ribu. Bagi yang lebih berkemampuan, perbelanjaannya adalah lebih dari itu.


Ikuti penulisan dan gambar-gambar beliau di bawah.



## Ia mudah jika kita permudahkannya.... ^___^

Kisah Seorang Mekanik Putus Tunang Jadi Viral Di FB


“Kau okay ke?”Aku menyapa sepupuku. Seorang pomen. Dengan muka tak bermaya, dia membuka mulut,“Tak lama lagi dah nak nikah. Persiapan semua dah buat. Kad pun dah tempah.Tapi, beberapa hari ni aku sedih sangat. Kadang-kadang, macam nak gila pun ada rasanya. Kerja apa pun tak boleh buat. Bengkel terpaksa tutup selama dua hari. Fikiran entah ke mana.Tunang aku minta putus. Dia dah ada orang lain.”Aku teRkejut.“Biar betul? Kan dah 3 tahun kau kenal dia? Takkan senang-senang saja dia tinggalkan kau.”“Betullah ni. Aku pun tak percaya dia tergamak buat aku macam ni.”Aku suruh dia ceritakan apa sebenarnya dah berlaku. Dari awal sampai akhir. Pada mulanya dia agak berat hati, tak nak nanti disangka memburukkan tunangnya sendiri. Tapi, akhirnya dia mengalah juga. Tak dapat pendam lagi.“Tiga tahun dulu, aku kenal dia. Dia biasa-biasa saja. Berbadan gempal tak macam orang lain. Taklah lawa macam orang lain. Aku bukannya memilih. Aku sedar diri aku siapa, kerja apa. Dia terima aku senang hati masa tu. Aku pun terima dia seadanya dia. Dia pun orang miskin macam aku. Jiwa yang sama.Masuk tahun kedua, dia selalu mengadu kawan-kawan tempat kerja dan orang sekeliling prejudis padanya. Selalu mengata obesiti dia. Selalu kritik tubuh badannya. Aku suruh dia bersabar. Jangan peduli kata orang. Bagi dia kata-kata semangat. Buat apa dengar cakap orang, aku kan ada selalu sayangi dirinya. Sekurang-kurangnya dia ada aku.Lama-lama, aku rasa tercabar. Aku niat nak transform dia jadi macam wanita lain juga. Cantik macam orang lain. Dari saat tu, aku kerja rajin-rajin siang malam. Tak banyak pun aku dapat kerja pomen. Untung kadang-kadang atas barang, selebihnya atas perkhidmatan. Kalau dengan geng-geng datang repair, tak bolehlah nak caj banyak. Harga sedara-mara je lah. Akhirnya, selepas 3 bulan bertungkus lumus, dah macam orang minyak dah siang malam tangan dan muka penuh minyak hitam, cukuplah bajet aku.Aku hantar dia pusat kecantikan. Khas untuk kuruskan badan. Beribu jugalah habis untuk set kecantikan hujung rambut sampai hujung kaki. Kos untuk gym dan lain-lain.Aku buat semua ni sebab aku sayang. Aku taknak dia terhina dan rasa rendah diri. Kalau dia happy, aku pun happy.Hasilnya, lepas enam bulan, aku pun tak sangka. Dia akhirnya berjaya kurus slim dan cantik menawan. Dah macam model. Cantik sangat. Siapa kata perempuan gemuk tak boleh cantik? Sekarang, yang mengutuk tiada lagi, diganti dengan pujian. Dia pun tambah sayang dekat aku. Kemudian, kitorang bertunang.Masa bertunang, aku kerja makin rajin. Aku nak beli kereta untuk dia. Wira je pun. Senang dia nak pergi kerja. Awal tahun ni, aku pun berjaya belikan kereta. Atas nama dia. Second hand je pun. Tapi, aku dah repair semua macam baru. Modified full set.Tapi minggu lepas, dia datang ke bengkel aku. Betul-betul buat hati aku hancur berkecai. Dia nak putus. Dia pulangkan balik cincin tunang.Aku merayu dia semampu hati. Tapi, lagi mencalarkan hati aku. Dia bukan datang sendirian. Dia datang dengan teman lelaki baru. Segak bergaya. Nampak macam orang kerja pejabat. Aku tak mampu kawal kemarahan aku, aku terajang lelaki tu. Dasar lelaki tak boleh tengok perempuan cantik sikit! Tak fikir ke perempuan tu tunang orang. Last2, aku gak yang dimaki perempuan tu. Aku gak yang disalahkan.”Dia dah menitiskan air mata lelakinya. Aku cuba menenangkannya. Tapi, dia menyambung kata,“Minggu ni, aku suruh dia kembalikan kereta yang aku bagi. Buat apa kereta tu lagi, dah ada kereta yang lagi mewah, kan? Dia tak nak bagi. Dia kata, kereta tu atas nama dia. Dia maki aku mengungkit jasa dan pengorbanan. Dia maki hamun aku cukup-cukup.Dia lupa ke, selama ni aku yang berdiri di belakang dia support segala-galanya? Lelaki yang sanggup berkorban apa saja untuk dia?”Aku terdiam. Tak sangka dalam dunia ni, manusia boleh berubah 360 darjah sekelip mata.“Kau nanti berhati-hatilah. Jangan jadi macam aku, tak perlulah kau berkorban harta dan segalanya untuk orang yang belum sah jadi isteri kau. Pesanlah pada semua baik laki atau perempuan. Jangan kerana sayang, segalanya sanggup. Tak perlu berhabis untuk awek atau pakwe. Manusia masa susah, cari kita. Bila senang, tinggalkan kita.


KISAH POMEN PUTUS TUNANG YANG MENDAPAT 1,600 SHARE DI FACEBOOK


Aku pun terfikir, kenapa aku tak berhabis untuk masjid ke, untuk agama ke. Untuk Allah, tak pula aku sanggup berkorban apa saja. Untuk Allah yang lebih patut aku cinta, aku tak buat begitu pula. Tapi, untuk orang yang aku cinta, sebaliknya. Patutlah Allah duga aku macam ni. Supaya aku ingat balik dekat Dia. Malunya aku. Alhamdulillah. Aku reda segalanya walaupun hati aku sedih.”Aku pun sebak dengar ceritanya.Dua tahun kemudian, Allah hadirkan pengganti padanya. Benarlah, bila kita kembali pada Allah, dia akan datangkan yang lebih baik. Lebih cantik, solehah dan boleh hidup susah dan senang bersama. Dah kahwin pun akhirnya. Allah tidak pernah menemukan kita dengan orang yang salah melainkan untuk hikmah. Kita saja yang selalu salah buat pilihan.

Thursday, September 18, 2014

Andai Pastinya Ku Tahu

Andai pastinya ku tahu Takkan aku tinggalkanmu Namun masih keliru teringat masa lalu
Tetap tiada kulupakan Indah setiap sentuhan Cinta yang kau tinggalkan Kekalnya berdampingan
Mana harusku hamparkan Rindu tiada kesudahan Sesal biar separuh nyawa Takkan hilang
Masih terasa nafasmu Lembut menusuk jiwaku Dengan dihembus bayu Membawa khabar rindu
Tapi sulit kuteruskan Engkau jauh kehadapan Aku, tabah berjalan sembunyikan harapn
Mana harusku hamparkan Rindu tiada kesudahan Sesal biar separuh nyawa Takkan hilang
Separuh nyawamu dihati Separuh lagi kau bawa pergi Tiada arah jodoh kita Tuhan tentu… kannya
Mana harusku hamparkan Rindu tiada kesudahan Sesal biar separuh nyawa Takkan hilang

#CopyPaste

Wednesday, September 17, 2014

Ingatlah

Disaat kita ingin melepaskan seseorang...
Ingatlah saat kita ingin mendapatkannya dahulu...
Disaat kita tidak merindukannya...
Ingatlah saat kali pertama kita melafazkan cinta padanya..
Disaat kita mulai bosan dengannya...
Ingatlah saat-saat indah kita bersamanya.

Sunday, December 29, 2013

Bagaimana kita luah masalah kita..

Assalamualaikum...
Sunyi sepi blog nie...dah lama dah tak bcerita...huhuhu...biar la blog nie xdea org nk baca pon...saje2 je...nk bcerita.....cerita nie banyak tp mls nk taip...

Blog nie bukan utk pe2 pon...just utk luah pe yg kita rasa jea...bkn utk nk gtau dunia sal masalah kita..bukan...xdea niat pon ke'arah tu...pe yg dkata kan myb ad kisah benar...kisah mimpi di dalam mimpi n sebagainya...xdea cerita yg di reka utk sedapkan lagi cerita tu...

Manusia nie kadang2 ada yang boleh luah perasaan atau sesuatu perkara dekat kawan2...or sebagainya utk mbuat diri nya rasa tenang n lepas segala pe yg dye rasa....ad sesetengah org dye kn menulis...jadi kan sebuah diari...ad org melakukan aktiviti bsukan...or sebagainya... Anda bagaimana...??

Saya..?? saya pelbagai...ad masa sy layan lagu jea...dengar seni kata lirik...ad masa luah kat sini...story2 gak la...bkn semua...ad masa kita luah kt org yg kita syg...kan...huhuhuhu
Rasa xdea pe nk ckp ag kot....cter byk tp xtau nk mula...buat masa nie kat c nie la dlu...

sekian...