Thursday, September 18, 2014

Andai Pastinya Ku Tahu

Andai pastinya ku tahu Takkan aku tinggalkanmu Namun masih keliru teringat masa lalu
Tetap tiada kulupakan Indah setiap sentuhan Cinta yang kau tinggalkan Kekalnya berdampingan
Mana harusku hamparkan Rindu tiada kesudahan Sesal biar separuh nyawa Takkan hilang
Masih terasa nafasmu Lembut menusuk jiwaku Dengan dihembus bayu Membawa khabar rindu
Tapi sulit kuteruskan Engkau jauh kehadapan Aku, tabah berjalan sembunyikan harapn
Mana harusku hamparkan Rindu tiada kesudahan Sesal biar separuh nyawa Takkan hilang
Separuh nyawamu dihati Separuh lagi kau bawa pergi Tiada arah jodoh kita Tuhan tentu… kannya
Mana harusku hamparkan Rindu tiada kesudahan Sesal biar separuh nyawa Takkan hilang

#CopyPaste

Wednesday, September 17, 2014

Ingatlah

Disaat kita ingin melepaskan seseorang...
Ingatlah saat kita ingin mendapatkannya dahulu...
Disaat kita tidak merindukannya...
Ingatlah saat kali pertama kita melafazkan cinta padanya..
Disaat kita mulai bosan dengannya...
Ingatlah saat-saat indah kita bersamanya.

Sunday, December 29, 2013

Bagaimana kita luah masalah kita..

Assalamualaikum...
Sunyi sepi blog nie...dah lama dah tak bcerita...huhuhu...biar la blog nie xdea org nk baca pon...saje2 je...nk bcerita.....cerita nie banyak tp mls nk taip...

Blog nie bukan utk pe2 pon...just utk luah pe yg kita rasa jea...bkn utk nk gtau dunia sal masalah kita..bukan...xdea niat pon ke'arah tu...pe yg dkata kan myb ad kisah benar...kisah mimpi di dalam mimpi n sebagainya...xdea cerita yg di reka utk sedapkan lagi cerita tu...

Manusia nie kadang2 ada yang boleh luah perasaan atau sesuatu perkara dekat kawan2...or sebagainya utk mbuat diri nya rasa tenang n lepas segala pe yg dye rasa....ad sesetengah org dye kn menulis...jadi kan sebuah diari...ad org melakukan aktiviti bsukan...or sebagainya... Anda bagaimana...??

Saya..?? saya pelbagai...ad masa sy layan lagu jea...dengar seni kata lirik...ad masa luah kat sini...story2 gak la...bkn semua...ad masa kita luah kt org yg kita syg...kan...huhuhuhu
Rasa xdea pe nk ckp ag kot....cter byk tp xtau nk mula...buat masa nie kat c nie la dlu...

sekian...

Saturday, May 18, 2013

Hargai sesorang

Lelaki: awak.. dah bangun?
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak.. jangan lupa sarapan yer..
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak..saya nak pergi kerja ni..
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak, saya dah balik..penat nak tidur jap..
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak buat apa tu awak? jaga diri yer..
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak, walaupun awak diam, saya tetap kan selalu sms awak..
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak.. saya rindu awak..
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak..saya betul rindu awak
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak, tengah buat ape tu? jangan lupa makan taw!
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak..saya sakit..sakit rindu..hehe..
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak, hari ni saya ada hal skt, nak g hospital..

Gadis: awak sakit ape?

Lelaki: eh eh..awak..saya tak sakit..saya saja jer..hehe, rindu sms dari awak..
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak..merajuk lagi yer?
Gadis: (ignore)
Lelaki: awak..kalau esok saya dah takde, maafkan segala kesalahan saya pada awak taw. saya pun maafkan kesalahan awak juga.. saya harap awak pandai jaga diri..
Gadis: (ignore)

Selepas sms terakhir itu,
si gadis tidak lagi menerima sms dari kekasihnya itu..
kerana merasa bersalah si gadis pun sms kekasihnya itu..

Gadis: yer..awak jangan risau kan saya, tahu lah saya jaga diri..awak tengah buat ape tu?

tibe2..

[Adek] kepada lelaki: Abang saya dah meninggal..jangan sms kat NO ni lagi.

# Hargai s'sorang yang ambil berat kat kita , cintai dia seadanya..kerana bila dah tiada menyesal pun tdk berguna.


#copypaste#

Thursday, September 27, 2012

Bersaudara itu Indah


Nikmat persaudaraan itu sendiri sendinya adalah kasih dan cinta.
Tanpa keduanya, kita tidak akan menikmati kemanisan dan kelazatan nikmat ukhuwah itu.
Ia bukan satu retorik semata-mata bila mengingatkan ukhuwah ansar kepada muhajirin
yang sanggup mengorbankan apa yang mereka miliki untuk kepentingan saudara seakidah mereka.
Memang itulah kenikmatan ukhuwah.
Manisnya lebih terasa bila kita yang MEMBERI.
Jauh bukan penghalang,Islam tetap menghubungkan.

UKHUWAH ATAS IMAN
Jiwa akan terasa lebih bahagia apabila ukhuwah yang terjalin
adalah atas dasar iman kepada Allah.
Ia bukanlah satu hubungan yang biasa.
Tetapi, ia dibina atas kekuatan iman yang mendominasi jiwa.
Akhirnya, melahirkan natijah yang hebat.
Dengan ukhuwah, kita mampu menguasai dunia…
Tak percaya?
Lihatlah contoh dan panduan dari para sahabat Rasul s.a.w.
Mereka saling mencintai satu sama lain kerana Allah s.w.t.,
menyebabkan mereka sanggup mengorbankan apa yang ada pada
diri mereka untuk kepentingan saudara-saudara mereka.
Ukhuwah itulah yang membawa Islam ke puncak dunia,
sampai seruannya di serata pelusuk muka bumi ini.
Nampak, ia bukan suatu yang kecil dan remeh, bukan?
Ukhuwah itu bukanlah mainan kata-kata dusta,
bukan juga bersulamkan cinta yang tiada terhala,
tapi ia satu ikatan yang kuat menghubungkan
hati-hati manusia yang beriman kepada Allah.
Bukanlah namanya ukhuwah fillah jika kita binanya
atas kasih selain Allah.
Ukhuwah itu dasarnya IKHLAS kerana Allah.
Barulah  ia kuat sekuat-kuatnya.
Mari kita tanya diri kita,
untuk apa kita bersahabat dengan sahabat-sahabat kita?
Ke mana kita hendak bawa persahabatan itu jika tidak ke
jalan yang Allah redhai?
Bukankah itu tujuan berukhuwah?
Bersama-sama sahabat kita untuk menggapai redha Allah.
p/s : Terima kasih wahai teman… ^_^”

Bicara Indah

Menangislah sahabat,
Kerna air mata adalah bicara yang terindah...

Air mata terindah lahir,
Bilamana kamu terpisah dengan kemaksiatan,
Bilamana kamu bertaubat dengan jiwa penyesalan,
Tika dirimu mengusir kawan-kawan yang buruk perangai,
Tatkala itu kamu pasti merasakan titisan air hangat dipipimu...

Dan bilamana dirimu meraih tangan,
Insan bergelar sahabat,
Tanpa dirimu sedari pipi dibasahi,
Butiran mutiara yang sangat indah...

Bilamana tercipta satu pertemuan,
Dan terungkai segala isi hati,
Terungkap sebuah jalinan persahabatan,
Tapi tibanya saat perpisahan,
Detik ini pasti akan terjadi,
Titisan hangat pasti akan menemani diri,
Kerna pertemuan dan perpisahan adalah lumrah alam...

Bertemu dan berpisah kerana Allah,
Bisa melahirkan rantai-rantai perjuangan,
Pergimu menyebarkan wangian jannah,
Moga dunia ini akan berbau haruman syurga...

Tetapi sedarlah sahabat,
Saat dirimu menghadap Rabbul Izzah,
Mutiara indah yang hadir menemuimu.....

Saturday, January 14, 2012

Ku Bermohon

Ku bermohon kepadamu Ya Allah...

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Amin..

#copypaste#