Saturday, January 14, 2012

Ku Bermohon

Ku bermohon kepadamu Ya Allah...

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Amin..

#copypaste#

Sunday, November 14, 2010

cinta itu tak terlihat

sukar untuk difahami


Rambut sama hitam,
darah sama merah,
tp....
mengapa hati sukar untuk difahami & memahami ?

Bukan mudah untuk kita memahami & difahami oleh sesorang itu...
kerna semuanya bergantung pada masa...
ada lama,ada hanya seketika & ada yang hanya beberapa minit cuma..

Tapi...
kenapa setiap insan sukar difahami ?
adakah kerna sikap..? ego..? suasana..?
pemikiran..? & kehidupan yang berbeza..?

aaahh....!!!
apakah semua ini..?
adakah ini mainan dunia semata-mata..?
adakah semua ini hanya sekadar menguji fitrah manusia..?
tepuk dada..tanya iman...

Thursday, November 11, 2010

insani


"...Perasaan ditemani Allah merupakan penghibur dalam kesepian,
pelindung dalam ketakutan,
perencah keamanan diri,
pencorak keceriaan jiwa,
penawar segala duka,
peneman dikala senang dan payah...
hati...
hati terdetik diketuk rasa rindu padaNya,
kerna cinta padaNya,
hati...
hati redha menerima segala ketentuanNya...
itulah erti tawakal yang sebanar...
hiasi nurani diri dengan amal ibadah dan munajat kepadaNya..
semoga RahmatNya sentiasa bersama kita.."

Friday, November 5, 2010

Keindahan



Indah pelangi kerna warnanya,
indah bulan kerna purnamanya,
indah malam kerna sinaran bulan,
indah budi kerna bahasanya,
indah cinta kerna kasih sayangnya,
bercerai kasih buruk padahnya.

indah malam untuk orang yang bahagia,
pertemuan malam menjadi saksi bulan dan bintang,
dan menjadi saksi sebuah kisah cinta,
hanya yang mampu bertahan akan kekal,
seperti ombak yang menghempas pantai.

seluas langit yang membiru,
segumpal resah mengurung hatiku,
antara getar gemuruh di dada,
kelu hati tanpa bicara.